Singapore markets closed
  • Straits Times Index

    3,173.93
    -10.61 (-0.33%)
     
  • S&P 500

    4,121.68
    -7.12 (-0.17%)
     
  • Dow

    33,749.74
    -50.86 (-0.15%)
     
  • Nasdaq

    13,816.78
    -83.41 (-0.60%)
     
  • BTC-USD

    60,176.87
    +642.33 (+1.08%)
     
  • CMC Crypto 200

    1,284.22
    -10.36 (-0.80%)
     
  • FTSE 100

    6,895.35
    -20.40 (-0.29%)
     
  • Gold

    1,734.90
    -9.90 (-0.57%)
     
  • Crude Oil

    59.90
    +0.58 (+0.98%)
     
  • 10-Yr Bond

    1.6750
    +0.0090 (+0.54%)
     
  • Nikkei

    29,538.73
    -229.33 (-0.77%)
     
  • Hang Seng

    28,453.28
    -245.52 (-0.86%)
     
  • FTSE Bursa Malaysia

    1,608.42
    -3.83 (-0.24%)
     
  • Jakarta Composite Index

    5,948.57
    -121.64 (-2.00%)
     
  • PSE Index

    6,518.64
    -26.53 (-0.41%)
     

Tentang Wasiat Dan Akta Wasiat Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

·10-min read

Click here for English version.

 

Wasiat memang topik yang susah hendak diborakkan, masih ada tabu mengenainya. Tapi, kalau anda boleh selesaikan isu pewarisan harta sebelum apa-apa jadi termasuklah kematian, kan lebih baik?

Sekurang-kurangnya waris anda taklah bergaduh putus saudara kerana harta. Hidup anda dan mereka pun lebih tenang.

Lagipun, anda pasti mahu meninggalkan sesuatu yang berharga kepada orang tersayang sebelum menyesal di kemudian hari. Selesaikan semua urusan wasiat cepat-cepat!

Jadi, untuk membantu anda, kami jelaskan semua kepentingan dan fungsi wasiat di Malaysia. Teruskan membaca!

 

Kenapa Wasiat Penting?

Salah satu perlindungan terpenting wasiat adalah kaedah pengagihan aset anda. Banyak pertelingkahan dalaman keluarga berlaku kerana ahli keluarga berebut harta pusaka.

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Sekiranya anda meninggal dunia tanpa wasiat, semua aset anda akan diagihkan mengikut Akta Pembahagian 1958.

Sekiranya berlaku begitu, kehendak atau keperluan ahli keluarga anda tak akan dipertimbangkan!

Pengagihan harta pusaka juga memerlukan masa yang agak lama sehingga boleh cecah lima tahun.

Hal ini mungkin menimbulkan masalah jika anda merupakan satu-satunya pencari nafkah keluarga atau mempunyai tanggungan.

Selain itu, ada juga kemungkinan yang aset anda susut nilai dalam tempoh pelaksanaan wasiat. Kan dah rugi!

Dengan memiliki wasiat, ahli keluarga anda akan mengetahui dengan tepat jumlah nilai aset anda dan tempat simpanannya.

Taklah mereka pening kepala hendak menguruskan harta pusaka anda, dan dapat juga mengelak daripada kesan buruk yang mungkin timbul.

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

 

Bagaimana Akta Wasiat Berfungsi di Malaysia?

Akta Wasiat di Malaysia hanya diguna pakai untuk orang bukan Islam kerana harta pusaka orang Muslim diagih berdasarkan undang-undang Syariah.

Seorang Muslim perlu menyiapkan “Wasiat” (yang setara dengan wasiat sivil), dan melantik “Wasi” mereka (setara dengan pentadbir harta pusaka).

 

Apa Syarat Sah Wasiat?

Menurut Akta Wasiat di Malaysia, ada beberapa syarat yang menjadikan wasiat sah di sisi undang-undang iaitu:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun semasa ditulis

  • Waras

  • Mempunyai wasiat bertulis dan bertandatangan

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua saksi yang juga akan menandatangani wasiat anda. Semua pihak terlibat perlu hadir ketika majlis tandatangan diadakan.

Wasiat anda sah sehingga digantikan dengan wasiat baru dengan cara dibatalkan secara bertulis atau dimansuhkan dengan sengaja.

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Namun, wasiat itu automatik akan terbatal jika anda berkahwin (atau berkahwin semula) atau memeluk agama Islam.

Satu perkara penting perlu ingat adalah bahawa pewaris tak boleh jadi saksi. Sekiranya anda melantik seseorang untuk menjadi saksi wasiat anda, mereka tak boleh menjadi pewaris.

Perkara ini anda kena titik beratkan. Janganlah mereka jadi saksi, mereka jugalah pewaris harta anda. Meragukan betul!

 

Siapakah Wasi Dan Peranannya?

Peranan wasi adalah untuk memastikan semua perkara yang ditulis dalam wasiat anda dilaksanakan sewajarnya. Tugasnya yang lain termasuklah:

  1. Mengesan wasiat anda.

  2. Memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan Geran Probet – Apabila seseorang diberikan geran ini, dia diizinkan untuk menguruskan aset si mati.

  3. Menyenaraikan aset anda.

  4. Melunaskan liabiliti anda.

  5. Mengagihkan aset anda mengikut wasiat.

  6. Menyediakan penyata akaun.

Apabila wasi mengambil alih aset anda, dia juga akan mengambil alih peranan sebagai pemegang amanah aset anda untuk pewaris sehingga pengagihan selesai.

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Seorang pemegang amanah juga tertakluk kepada tanggungjawab termaktub dalam Akta Pemegang Amanah 1949.

Bukan kerja percuma ke? Tak, wasi juga berhak ke atas perbelanjaan pengurusan aset anda dalam kadar dan alasan yang munasabah.

 

Masa Untuk Lantik Wasi Anda!

Menurut Akta Wasiat di Malaysia, anda boleh melantik sehingga empat orang wasi yang berumur 18 tahun ke atas untuk bertindak sebagai pemegang amanah anda.

Anda juga berhak menamakan orang lain untuk menggantikan mana-mana wasi sekiranya mereka meninggal dunia lebih awal atau melepaskan pewasian mereka.

Pewaris juga boleh menjadi wasi. Sebagai contoh, jika anda mewariskan semua harta kepada pasangan anda, pelantikannya sebagai wasi adalah pilihan yang baik.

Tetapi, kalau hendak melantik seseorang sebagai wasi, eloklah maklumkan mereka dan dapatkan persetujuan dahulu.

Jangan nanti, wasi itu menolak tanggungjawab memegang amanah kerana tak diberitahu terlebih dahulu. Susah kan?

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Ada juga pilihan lain iaitu melantik syarikat amanah. Keputusan pelantikan wasi sangat bergantung kepada jumlah aset dan tahap kerumitan wasiat anda.

Rakan atau saudara mara mungkin tak berpengalaman dan pengetahuan menguruskan harta pusaka anda dengan betul sekiranya anda memang banyak harta. Jadi, syarikat amanah mungkin adalah pilihan yang lebih baik.

 

Berapakah Upah Wasi Di Malaysia?

Daripada sudut pandangan wasi, tanggungjawab tersebut cukup besar. Berurusan dengan saudara-mara bukanlah suatu perkara mudah, terutamanya setelah kematian orang tersayang.

Upah wasi yang dibayar adalah sebagai pampasan melaksanakan “beban” yang diberi dan menjalankan tugas berat memastikan agihan harta pusaka dibuat mengikut wasiat anda.

Sekiranya anda melantik syarikat amanah, yuran dah ditetapkan sejak awal lagi. Selalunya 1% daripada nilai keseluruhan aset.

Tetapi jika wasi adalah salah seorang pewaris anda seperti saudara kandung atau saudara jauh pula macam mana?

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Perlu diingatkan bahawa tiada peruntukan yang menyatakan bahawa wasi wajib mendapat bayaran tertentu. Dalam situasi ini, upah wasi sepenuhnya bergantung kepada budi bicara anda.

 

Wasiat Perlu Dicap Di Malaysia?

Tak, wasiat tak perlu dicap di Malaysia untuk diakui sah secara undang-undang.

 

Siapa Yang Boleh Tulis Wasiat?

Perlu difahami yang hanya kerana seseorang itu peguam, mereka tak semestinya tahu kaedah tepat perancangan wasiat.

Walaupun mereka ada pengetahuan perundangan, tak semestinya mereka pakar.

Peguam pun ada banyak jenis kepakaran, misalnya peguam yang selalu menguruskan urusan perniagaan mestilah tak tahu sangat tentang urusan wasiat, kan?

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Jadi, jika anda mahu mengupah peguam untuk menulis wasiat anda, pastikan mereka betul-betul pakar.

Sebab caj peguam selalunya mahal, jadi kenalah upah peguam yang berbaloi dengan upah yang diberi!

Tetapi, jika keperluan wasiat anda agak ringkas dan tiada konflik besar keluarga, anda boleh uruskan wasiat anda di bank atau gunakan perkhidmatan penulis wasiat.

Beberapa bank utama juga dah mula menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat dengan caj permulaan ratusan ringgit. Kenalah keluarkan duit sikit untuk profesional kan?

 

Berapa Kos Menulis Wasiat Di Malaysia?

Sekiranya anda menggunakan pihak ketiga untuk menulis wasiat dan tak menulisnya sendiri, kosnya memang boleh mencecah ratusan sehingga beribu ringgit.

Bergantung kepada sama ada mereka adalah penyedia surat wasiat, syarikat amanah, firma guaman atau peguam.

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Sekiranya tempoh pembahagian aset lebih lama dan rumit atau jumlah harta pusaka sangat banyak, ia juga boleh menaikkan upah penulisan wasiat.

Perlu juga diingatkan yang selain bayaran tulis wasiat, banyak syarikat juga akan mengenakan bayaran untuk khidmat pemegang amanah dan pelaksanaan.

Ini adalah beberapa caj tulis wasiat di Malaysia:

Kos penulisan wasiat dalam talian di Malaysia (setakat 27 November 2020)

Maybank2u

Bermula dari RM298

CIMB Trustee Berhad

Bermula dari RM350

MyAngkasa Amanah Berhad

Bermula dari RM400

Amanah Raya

Bermula dari RM500 - RM1,200

 

Boleh Tak Saya Tulis Sendiri Wasiat? Macam Mana?

Ya, anda boleh menulis wasiat anda sendiri! Wasiat sah selagi memenuhi kriteria yang dinyatakan sebelum ini.

Jadi, anda sebenarnya tak perlu pun keluarkan beratus-ratus ringgit untuk bayar peguam atau syarikat amanah.

Tapi, mestilah ada kekurangan antara wasiat dibuat sendiri dengan khidmat profesional. Wasiat yang ditulis sendiri berdepan risiko pembatalan disebabkan kesilapan proses penulisannya.

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Sekiranya ada ramai pewaris dan banyak harta pusaka terlibat, proses penulisan wasiat boleh jadi sangat rumit, dan kalau tulis sendiri mungkin terlepas pandang banyak terma dan syarat.

Berbanding peguam dan syarikat amanah yang lebih arif prosesnya dan boleh meramal dan mengelak pelbagai situasi yang mungkin berlaku.

Sekiranya anda merancang untuk merangka sendiri wasiat, anda harus pastikan ia memenuhi kriteria kesahihan yang kami dah jelaskan sebelum ini.

Kebiasaannya, wasiat ditulis berdasarkan kepada templat yang standard. Jadi, jika anda ingin menulisnya sendiri, boleh gunakan templat di bawah sebagai panduan.

Wasiat DIY hanya sah jika:

  • Anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika menulisnya

  • Waras

  • Mempunyai wasiat bertulis, bertandatangan dan bertarikh

  • Mempunyai dua saksi yang hadir dan menandatangani wasiat anda

  • Saksi tak boleh menjadi pewaris

Paling penting, pastikan ia ditulis dengan sangat terperinci!

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

 

Contoh Templat Wasiat Di Malaysia

Sekiranya anda memilih untuk menulis sendiri wasiat, ada banyak contoh templat yang tersedia dalam talian yang boleh diubah mengikut keperluan anda.

Berikut adalah contoh templat wasiat yang disediakan dalam Kit Wasiat Undang-undang Asal Malaysia oleh Kenneth Khoo, peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

*Ini adalah terjemahan kami untuk panduan anda dan tidak sah digunakan dalam proses penulisan wasiat sendiri. Sekiranya anda memerlukan nasihat perundangan, sila dapatkan khidmat peguam dan profesional. Salinan asal templat dalam Bahasa Inggeris, boleh diperolehi di sini.


Kandungan Asas Wasiat Di Malaysia

Selain merujuk kepada beberapa contoh surat wasiat di Malaysia, anda juga perlu mengetahui kandungan asas wasiat anda, iaitu:

Maklumat asas pewasiat

Maklumat asas saksi

Klausa

 

Bolehkah Saya Batalkan Wasiat? Bagaimana?

Anda sentiasa boleh batalkan wasiat yang dah ditulis. Mana-mana wasiat baru yang ditulis secara automatik akan membatalkan wasiat sebelum itu.

Tetapi, katakan anda dah upah peguam untuk tulis wasiat ketika anda masih dalam perkahwinan pertama.

Malangnya, selepas beberapa tahun, anda bercerai dan mahu keluarkan nama bekas pasangan sebagai pewaris.

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Adakah wasiat sebelum itu masih sah atau secara automatik terbatal? Jawapannya, TAK. Perceraian tak secara automatik membatalkan wasiat yang sudah dibuat.

Anda perlu tulis wasiat baru yang akan menggantikan dan membatalkan wasiat terdahulu. Kena ingat ni!

Kami senaraikan beberapa situasi yang mana wasiat secara automatik terbatal:

  • Kahwin atau berkahwin semula, kecuali wasiat itu dibuat “khusus untuk perkahwinan tertentu”. Perceraian tak automatik batalkan wasiat.

  • Jika wasiat itu secara fizikalnya dimusnahkan anda dengan niat untuk membatalkannya.

  • Pemusnahan wasiat secara sengaja atau berniat jahat oleh pihak ketiga tak akan membatalkan wasiat itu.

  • Wasiat baru yang ditulis akan membatalkan wasiat yang ditulis sebelum itu. Anda juga boleh membuat kenyataan bertulis dengan kehadiran 2 saksi untuk membatalkan wasiat tanpa menulis wasiat baru.

  • Orang bukan Islam yang memeluk Islam akan membatalkan wasiat yang pernah ditulisnya. Ini disebabkan pembahagian harta pusaka orang Islam secara automatik akan mengikut prinsip Faraid.

 

Apa Jadi Sekiranya Seseorang Meninggal Dunia Tanpa Ada Wasiat?

Seseorang yang meninggal dunia tanpa wasiat akan mewariskan harta pusaka mengikut Akta Pembahagian 1958.

Namun, akta ini tak terpakai jika dia beragama Islam di Malaysia Barat dan Sarawak, atau berasal dari Sarawak.

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Perkara yang sama berlaku di Sabah, di mana Ordinan Pewarisan Tak Berwasiat 1960 diguna pakai.

Sekiranya anda dah membayangkan keluarga anda akan bergaduh kerana berebutkan harta pusaka, jangan bimbang walau anda tiada wasiat.

Akta yang wujud akan mengagihkan harta pusaka anda dengan adil dan saksama mengikut peratusan tertentu.

Berikut adalah pengagihan harta pusaka jika seseorang meninggal dunia tanpa wasiat menurut Seksyen 6 Akta Pembahagian 1968.

Keluarga yang masih ada

Ibu bapa berhak

Pasangan berhak

Zuriat berhak

Ibu bapa, zuriat dan pasangan

1/4

1/4

1/2

Pasangan dan zuriat, tetapi tiada ibu bapa

1/3

2/3

Ibu bapa dan zuriat, tetapi tiada pasangan

1/3

2/3

Ibu bapa dan pasangan, tetapi tiada zuriat

1/2

1/2

Ibu bapa saja, tiada zuriat atau pasangan

Seluruh harta

Pasangan saja, tiada ibu bapa atau zuriat

Seluruh harta

Zuriat saja, tiada pasangan atau ibu bapa

Seluruh harta

Tiada ibu bapa, pasangan atau zuriat (diutamakan mengikut nombor)

Apa Jadi Sekiranya Pewaris Meninggal Dunia Tapi Pewasiat Masih Hidup?

Pewasiat mestilah mahukan pewaris atau zuriatnya lebih panjang umur. Tetapi macam mana jika mereka yang meninggal dunia dahulu?

Menurut Seksyen 19 Akta Wasiat 1959, sekiranya pewaris meninggal dunia semasa pewasiat masih hidup, peruntukan bahagian harta pusaka untuknya akan dibatalkan.

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Kemudian, bahagian tersebut akan dimasukkan ke dalam klausa “baki harta pusaka” dan diagihkan mengikut klausa ini.

Tak kisahlah teliti mana pun anda buat wasiat, pasti ada butiran agih harta pusaka yang mungkin tertinggal.

Sekiranya berlaku, harta anda akan dimasukkan ke dalam “baki harta pusaka” dan dibahagikan mengikut klausa yang anda tetapkan.

Anggaplah klausa ini sebagai jaringan keselamatan wasiat anda.

Tetapi, situasi mungkin berbeza jika pewaris yang meninggal adalah anak atau zuriat pewasiat, dalam hal ini baki harta pusaka itu akan diserahkan zuriat pewaris itu.

 

Selepas Pewasiat Meninggal Dunia, Pewarisnya Pula Meninggal Sebelum Wasiat Dilaksana, Macam Mana Ni?

Pelaksanaan wasiat selalunya memakan masa sangat lama. Dalam tempoh itu, banyak benda boleh jadi termasuklah kematian pewaris.

Sekiranya terjadi, harta pusaka yang perlu diagihkan tetap akan diserahkan kepada waris pewaris yang dah meninggal tu.

wasiat, akta wasiat
wasiat, akta wasiat

Harta pusaka yang patut diterimanya kini menjadi harta pusakanya yang akan diserahkan kepada warisnya.

Selepas itu, pembahagian harta pusaka seterusnya akan dibuat mengikut wasiat pewaris yang sudah meninggal dunia itu.

 

Sangat bagus untuk ada wasiat terperinci selagi mana tiada perkara baru berlaku dalam keluarga anda seperti kelahiran anak yang jadi pewaris baru. Namun, jika anak itu adalah anak luar nikah, semak di sini untuk lihat kelayakannya mewarisi harta pusaka.