Advertisement
Singapore markets closed
  • Straits Times Index

    3,187.66
    +32.97 (+1.05%)
     
  • S&P 500

    5,022.21
    -29.20 (-0.58%)
     
  • Dow

    37,753.31
    -45.66 (-0.12%)
     
  • Nasdaq

    15,683.37
    -181.88 (-1.15%)
     
  • Bitcoin USD

    62,389.48
    -210.84 (-0.34%)
     
  • CMC Crypto 200

    885.54
    0.00 (0.00%)
     
  • FTSE 100

    7,861.28
    +13.29 (+0.17%)
     
  • Gold

    2,398.80
    +10.40 (+0.44%)
     
  • Crude Oil

    82.19
    -0.50 (-0.60%)
     
  • 10-Yr Bond

    4.5850
    0.0000 (0.00%)
     
  • Nikkei

    38,079.70
    +117.90 (+0.31%)
     
  • Hang Seng

    16,385.87
    +134.03 (+0.82%)
     
  • FTSE Bursa Malaysia

    1,544.76
    +4.34 (+0.28%)
     
  • Jakarta Composite Index

    7,166.81
    +35.97 (+0.50%)
     
  • PSE Index

    6,523.19
    +73.15 (+1.13%)
     

Apakah Geran Probet (GP) Dan Surat Kuasa Mentadbir (LA) Harta Pusaka?

Click here for English version.

Ada satu je perkara yang 100% pasti dalam dunia ni: Mati. Miskin atau kaya, muda atau tua, sakit atau tak sakit, popular atau takda siapa kenal, semua orang akan meninggal dunia bila sampai ajal.

Tetapi, kalau si mati berharta, kematian itu mencetuskan satu lagi masalah pewarisan harta yang tak boleh dipandang remeh.

Berapa banyak kisah keluarga berpecah dan bergaduh bertahun-tahun sebab harta yang kita dengar. Itu bukan drama TV, itu masalah betul-betul jadi.

Sebab itu penting untuk pengurusan harta pusaka. Jika si mati meninggalkan surat wasiat, dokumen yang waris perlukan adalah Geran Probet. Jika tiada wasiat (atau wasiat tidak sah), waris memerlukan Surat Kuasa Mentadbir.

ADVERTISEMENT

Kami akan terangkan semua istilah penting perundangan dalam hal pentadbiran harta pusaka ini, jom baca!

 

Apakah Pentadbiran Harta Pusaka?

Pentadbiran harta pusaka adalah proses penentuan hak dan pemindahan hak milik semua pemilikan dan aset secara sah selepas kematian seseorang individu.

Proses ini selalunya berlaku menurut permintaan yang tertera di dalam surat wasiat individu itu tetapi ia boleh menjadi rumit apabila rekod permintaan itu tidak wujud.

wills act malaysia, wills act
wills act malaysia, wills act

Menulis surat wasiat adalah “pentadbiran pusaka”. Ia menyediakan kerangka untuk mengenalpasti permintaan anda dalam isu harta pusaka selepas kematian.

Pengurusan hal-hal aset dan hutang selepas kematian juga adalah “pentadbiran harta pusaka”, ia merangkumi proses pengurusan hak dan proses undang-undang untuk membahagikan aset-aset duniawi sesama waris.

Tetapi, anda juga perlu juga menunaikan beberapa tanggungjawab lain dan pentadbiran harta pusaka membenarkan anda melakukan tiga perkara ini:

  • Menentukan aset.

  • Mengenalpasti hutang dan tanggungan.

  • Membahagikan harta pusaka sesama waris atau benefisiari mengikut Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

Pentadbiran harta pusaka adalah cara yang sangat penting bagi memastikan ahli keluarga dan rakan-rakan yang sepatutnya menerima aset, wang, kereta mewah, hak milik rumah dan sebagainya selepas kematian anda, mendapat hak mereka.

 

Jom Kenali Istilah Perundangan Ini!

Sebagai permulaan, eloklah kita cuba fahami perkataan dan istilah perundangan yang sering digunakan.

Proses aplikasi GP (Geran Probet) atau LA (Surat Kuasa Mentadbir) menggunakan pelbagai perkataan perundangan yang penting dalam Akta Probet dan Pentadbiran Malaysia.

gp-dan-la-1
gp-dan-la-1

Berikut adalah beberapa perkataan yang sering digunakan dan penting untuk anda tahu:

  • Pewasiat (Testator) penulis wasiat, yang juga si mati pemilik harta pusaka yang akan diagihkan.

  • Wasi (Executor) – nama individu yang ditulis di atas wasiat yang akan bertanggungjawab untuk mengagihkan harta pusaka seperti mana dikehendaki mati. Anda boleh menamakan lebih daripada seorang wasi.

  • Pentadbir (Administrator) – Individu yang ditugaskan sebagai pentadbir harta pusaka jika tidak ada wasi.

  • Geran Probet (Grant of Probate) – geran kebenaran yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi kepada wasi untuk memberi kuasa kepadanya mentadbir harta pusaka pewasiat.

  • Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration) – Di Malaysia, jika tiada wasiat, geran probet digantikan dengan surat kuasa mentadbir.

  • Pentadbiran Ringkas (Summary Administration) – Instrumen perundangan yang digunakan apabila wasi yang dinamakan menolak tugas yang diberikan. Ia digunakan untuk harta pusaka yang nilainya kurang daripada RM600,000.

Geran Probet dan Surat Kuasa Mentadbir hanya boleh digunakan oleh rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam perlu mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Tinggi Syariah.

Dalam kes ini, pembahagian harta pusaka dijalankan mengikut undang-undang Faraid atau perbincangan secara muafakat.

faraid-5
faraid-5

 

Siapa Bertanggungjawab Tadbir Harta Pusaka?

Jika seseorang meninggal dunia di Malaysia dan meninggalkan wasiat, wasi (atau wasi-wasi) yang dinamakan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal pentadbiran harta pusaka.

Wasi akan memastikan semua aset dibahagikan mengikut kehendak si mati itu. Jika seseorang meninggal dunia di Malaysia tanpa meninggalkan wasiat, semua asetnya akan dibahagikan mengikut undang-undang.

Pembahagian itu berdasarkan rules of intestacy yang tertulis di dalam Akta Pembahagian 1958 untuk Semenanjung Malaysia dan Sarawak, atau Intestate Succession Ordinance 1960 untuk Sabah.

Ini tertakluk kepada nilai harta pusaka tersebut. Jika nilainya kurang daripada RM2 juta, ia akan ditadbir Pejabat Tanah dan Pemegang Amanah, manakala harta pusaka melebihi RM2 juta akan diuruskan Mahkamah Tinggi.

Ada beberapa cara untuk mentadbirnya, seperti yang akan kami kongsikan di bawah. Rakyat Malaysia yang beragama Islam pula boleh menyampaikan permintaan mereka melalui wasiat asalkan ia tidak menyalahi hukum harta pusaka Islam.

 

Apa Proses Dapatkan Geran Probet?

Apabila seorang meninggal dunia, semua hartanya dibekukan. Ia bermaksud akaun bank dan semua asetnya tidak boleh dialihkan, dijual, ditukar tunai dan sebagainya, sehinggalah semua urusan pentadbiran harta pusaka selesai.

Proses mengagihkan aset-aset tersebut untuk rakyat bukan Islam bergantung kepada sama ada si mati meninggalkan wasiat atau tidak.

gp-dan-la-2
gp-dan-la-2

Jika ada wasiat, permohonan akan dibuat di Mahkamah Tinggi untuk satu geran probet di Malaysia oleh wasi yang dinamakan.

Setelah permohonan dibuat, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan. Selepas GP dikeluarkan, barulah pentadbiran harta pusaka boleh dijalankan.

Proses ini mengambil masa sekitar 3-6 bulan dan bayaran RM1,500 diperlukan untuk permohonan GP. Dokumen-dokumen berikut diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Sijil kematian

  • Kad pengenalan wasi

  • Kad pengenalan benefisiari/ waris

  • Salinan asal wasiat

  • Dokumen hak milik tanah/ bukti pemilikan harta tanah

  • Penyata pinjaman rumah (jika relevan)

  • Maklumat akaun bank si mati

  • Dokumen-dokumen aset lain

  • Dokumen-dokumen liabiliti atau hutang

Selepas GP dikeluarkan, wasi boleh membahagikan harta pusaka mengikut wasiat atau proses perundangan yang sepatutnya.

PropertyGuru Tip
Anda tertanya-tanya apakah maksud ‘probet’? Probet adalah sijil pengesahan wasiat, atau dengan kata lain, bukti kewujudan wasiat.

Jika tiada wasiat, atau wasiat tidak sah (atau boleh juga dipanggil “batal dan tidak sah”), atau wasi tidak dinamakan, anda boleh gunakan dokumen perundangan lain pula.

 

Apa Proses Dapatkan Surat Kuasa Mentadbir (LA)?

gp-dan-la-3
gp-dan-la-3

Di Malaysia, ada tiga cara untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir. Cara pertama adalah melalui Mahkamah Tinggi. Permohonan untuk LA mesti dilampirkan bersama:

  • Sijil kematian

  • Maklumat pemohon

  • Senarai aset dan liabiliti si mati

  • Senarai waris atau benefisiari berpotensi

  • Sebarang nota tambahan oleh pemohon

Proses ini boleh mengambil masa sekitar enam bulan sehingga dua tahun! Proses bertambah rumit jika harta pusaka si mati bernilai lebih daripada RM500,000, dengan pemohon harus menyediakan dua penjamin tambahan.

PropertyGuru Tip
Penjamin atau “surety/sureties” adalah pihak ketiga yang akan bertanggungjawab untuk membayar semua hutang sekiranya pemohon menghilangkan diri!

Ya, dalam erti kata lain, anda harus menamakan dua sahabat dan/atau ahli keluarga yang mempunyai jumlah harta yang sama nilai dengan nilai harta pewasiat!

Selepas LA diterima, pentadbir boleh memindahkan semua aset dalam harta pusaka itu kepada namanya dan dibahagi-bahagikan selayaknya.

Nampak tak sekarang kepentingan penjamin! Sebab pentadbir diperlukan untuk memohon di Mahkamah Tinggi untuk pengesahan pembahagian, seperti yang dinyatakan dalam Akta Pembahagian 1958.

Court
Court

Cara kedua adalah untuk harta pusaka yang bernilai bawah RM600,000 dan layak ditadbir melalui Amanah Raya Bhd iaitu pemegang amanah awam milik kerajaan.

Saluran ini mengambil masa sekitar empat hingga enam bulan untuk harta alih seperti wang tunai dan kereta, atau sehingga satu tahun untuk harta tak alih seperti harta tanah.

Mana-mana pewaris, benefisiari atau pihak berkepentingan kepada si mati boleh membuat permohonan ini.

Fi yang perlu dibayar adalah berdasarkan nilai harta pusaka yang dibenarkan Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Berikut adalah pengiraan kasar fi tersebut:

Untuk RM25,000 yang pertama

1%

RM25,000 - RM225,000

2%

RM225,000 - RM250,000

3%

RM250,000 - RM500,000

4%

RM500,000+

5%

Cara ketiga hanya boleh digunakan jika terdapat aset tak alih (immovable assets), seperti rumah, dalam senarai harta pusaka. Permohonan boleh dibuat di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

Untuk layak menggunakan cara ini, nilai harta pusaka mestilah tidak melebihi RM2 juta. Pilihan harta pusaka kecil ini tidak memerlukan peguam, jadi ia tidak terlalu mahal berbanding pilihan lain.

Tidak ada fi dikenakan oleh Pejabat Tanah untuk mengisi petisyen ini. Pemohon yang relevan perlu memulakan proses dengan melengkapkan Borang A Permohonan Harta Pusaka Kecil.

Borang ini sebenarnya adalah senarai penuh aset dan liabiliti si mati dan juga pewaris atau benefisiari. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

  • Borang A permohonan Harta Pusaka Kecil

  • Kad pengenalan atau surat beranak pewaris

  • Sijil perkahwinan si mati (jika ada)

  • Sijil kematian

  • Bukti aset

  • Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah atau Perakuan Carian Rasmi Geran Tanah atau bukti hak milik tanah yang telah disahkan oleh Pejabat Tanah.

  • Resit-resit taksiran dan cukai tanah atau cukai pintu

Happy couple looking through window at home
Happy couple looking through window at home

Permohonan harus dibuat di Unit Pembahagian Pusaka di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan atau Pejabat Tanah berdekatan lokasi harta tak alih si mati.

Selepas permohonan dibuat, satu perbicaraan akan diadakan untuk menentukan hak pentadbiran harta pusaka. Perbicaraan ini selalunya diadakan sekitar tiga bulan selepas permohonan dibuat.

Pemohon dan pewaris perlu hadir perbicaraan ini, namun jika tidak boleh datang, mereka boleh mengisi borang untuk menyatakan ketidakhadiran itu. Semua yang hadir perlu membawa pengenalan diri masing-masing.

Perbicaraan ini adalah proses cepat pentadbiran harta pusaka untuk mengesahkan semua maklumat dalam Borang A dan mengesahkan pewaris dan benefisiari.

Selepas mahkamah berpuas hati dengan ketepatan semua maklumat, ia akan mengeluarkan LA dan mengarahkan pentadbiran harta pusaka bermula.

Bayaran untuk perkhidmatan ini adalah berdasarkan nilai harta pusaka itu, seperti berikut:

 

Nilai harta pusaka

Fi

RM1-RM1,000

RM10 fi rata

RM1,0001-RM50,000

RM30 fi rata

RM50,000+

0.2% nilai harta pusaka

Satu tip yang berguna adalah untuk meminta salinan surat kuasa tadbir sebanyak mungkin!

Bank, agensi berkaitan, syarikat dan pegawai-pegawai akan memerlukan salinan surat ini untuk mula bertindak mengikut permintaan pentadbiran pusaka yang diperlukan. Tak mahal pun, hanya RM5 sesalinan yang boleh diperolehi di Pejabat Tanah.

Nampak tak pentingnya pengurusan harta pusaka dibuat. Aset dan harta yang anda tinggalkan sepatutnya tidak menyebabkan pergaduhan waris, jadi perlulah lebih teliti dengan tinggalkan wasiat bertulis.

 

Anda pening dengan urusan harta pusaka? Baru sedar kepentingan wasiat? Boleh baca artikel kami tentang Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wasiat di Malaysia dan Akta Wasiat.